China tidak memberi sebab mengapa pihak berkuasa mengarahkan laman web video streaming di seluruh negara untuk menghentikan tayangan rancangan TV popular Amerika The Big Bang Theory, The Good Wife, NCIS dan The Practice.
Pihak berkuasa China mengarahkan laman web video streaming di negara itu untuk menghentikan empat tayangan TV popular Amerika The Big Bang Theory, The Good Wife, NCIS dan The Practice.
Jurucakap laman video dalam talian terkemuka, Youku, berkata ia telah menerima pemberitahuan pada hari Sabtu lepas 26 April untuk tidak lagi menayangkan sitkom The Big Bang Theory, drama politik dan undang-undang The Good Wife, drama jenayah NCIS dan drama undang-undang The Practice. Walaupun laman video itu hanya menayangkan drama TV The Good Wife sahaja sebelum ini.
Walaubagaimanapun, The State Administration of Press, Publication, Radio, Film and Television tidak memberikan sebarang alasan terhadap penguatkuasaan pengharaman tayangan rancangan TV tersebut. Seorang pengurus kanan di laman web lain juga menerima perintah supaya membersihkan laman web mereka.