Top Knot Bun atau sanggul jambul tegak di atas kepala. Boleh dikatakan top knot bun merupakan trend terkini selain fishtail braid. Malah, ramai selebriti memilih mengayakan stail rambut ini dan nampak menarik sekali. Seseorang yang mengayakan top knot bun adakalanya menampakkan rupa yang kasual dan segar ataupun anggun dan sofistikated, dalam erti kata lain ianya kelihatan hebat bila digayakan.
Mungkin tidak ramai yang menyukai top knot bun kerana merasakan tidak sesuai dengan bentuk muka di samping menampakkan keseluruhan bentuk rupa paras. Jangan bimbang kerana jika kena gayanya, anda kelihatan hebat sekali! Wanista kongsikan beberapa stail top knot bun yang boleh anda ikuti.
1. Messy Top Knot Bun membuatkan model nampak seksi, disempurnakan dengan kaca mata hitam vintage. Simple tapi bergaya!
2. Siapa kata bentuk muka bulat tidak boleh mengenakan top knot bun? Kelly Osborne menepis semua halangan itu dan kelihatan rock n edgy dengan braid top knot pilihannya.
3. Wanista sukakan messy top knot Ashley Tisdale, disesuaikan dengan solekan natural dan lace long dress.
4. Kim Kardashian kelihatan sungguh elegan dan anggun sekali dengan gaya rambut top knot yang sungguh kemas dan rapi.
5. Gwen Stefani memilih messy top knot disesuaikan dengan solekan natural dan gincu merah memang cukup berseri.
6. Wajah Nicole Richie kelihatan muda dan segar dengan fringe dan top knot pilihannya.
7. Ashlee Simpson kelihatan comel dengan braid top knot, smokey eyes dan gincu merah.
8. Walaupun kelihatan berserabut tetapi Wanista sukakan messy top knot updo yang dikenakan pada Gillian Zinser. Disesuaikan lagi dengan kemeja kotak hijau dan gincu merah jambu, nampak comel dan manis sekali.