Bagi mereka yang ingin bercuti sudah tentu sudah biasa menempah secara online kerana mudah bagi mereka untuk merancang percutian lebih-lebih lagi bagi mereka yang sibuk dengan kerja seharian. Visa’s 2013 Global Travel Intentions Study1 menunjukkan bahawa rakyat Generasi Y yang berumur di dalam lingkungan 25 hingga 34 tahun cenderung untuk menghabiskan lebih banyak masa merancang percutian mereka untuk mendapatkan nilai yang terbaik untuk percutian mereka, dengan 81% daripada mereka merancang percutian mereka 14 minggu lebih awal daripada perjalanan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa Agoda.com merupakan salah satu sumber dalam talian yang paling banyak digunakan untuk merancang perjalanan mereka.
Diskaun Tambahan 10% Jika Tempah Di Agoda.com menggunakan Visa
Justeru itu, pihak Visa dan Agoda.com kini menjalankan siri Visa Rabu ( Visa Wednesdays ) , yang menawarkan diskaun tambahan sehingga 12 % untuk semua tempahan yang dibuat pada hari Rabu dengan menggunakan kad Visa bermula sekarang hingga 4 Jun 2014 . ( untuk penginapan antara 2 April 2014 dan 31 Disember 2014 )
Anda mesti menempah melalui laman khas Agoda Visa Wednesdays : www.agoda.com/visawedmy untuk menikmati tawaran itu. Destinasi yang dipaparkan juga dipaparkan pada halaman depan portal berkenaan untuk membantu pelancong mencari tawaran terbaik apabila membuat tempahan tempat penginapan mereka.
5 Tips Menggunakan Agoda.com
1. Satu faktor penting dalam mencari tawaran hotel terbaik di dalam talian adalah masa. Di Agoda.com ,pembekal penginapan mempunyai keupayaan untuk memuat naik kadar harga dan menjalankan promosi eksklusif melalui sistem intranet Agoda.com yang unik.
2. Pastikan anda sentiasa alert dengan “Flash Deal” pada portal Agoda.com yang dipaparkan di dalam tulisan berwarna merah untuk tawaran diskaun tambahan semasa membuat tempahan di tempat penginapan terpilih.
3. tawaran “Flash deals” di Agoda.com termasuk diskaun tempahan awal yang melebihi 30 %, dan diskaun istimewa sehingga 60 %.
4. Untuk tempahan pada saat akhir, bagi yang bertuah akan menikmati diskaun yang lebih istimewa tetapi risikonya pula adalah mungkin tidak banyak hotel yang mempunyai bilik yang kosong. Jadi apabila merancang percutian, tempahan awal
amat digalakkan.
5. Pastikan anda sentiasa membaca maklumat yang disediakan kepada pengguna di halaman hotel yang terdapat di portal Agoda.com . Terdapat gambar, saiz bilik , dan harga, polisi hotel , dasar pembatalan, ulasan pelanggan, dan semua yang berkaitan sebelum membuat tempahan.