Skirt tutu yang sinonim dengan kostum penari tarian ballet kini telah dievolusikan menjadi trend pakaian harian yang praktikal. Mungkin ramai yang tidak berani menggayakan fesyen ini terutama untuk yang berpenampilan matang dan sofistikated. Tanggapan bahawa skirt ini hanya sesuai untuk kanak-kanak kecil atau gadis remaja mungkin sudah boleh dilemparkan jauh-jauh.
Menariknya tentang fesyen skirt ini, ia menyuntik elemen feminin dan comel secara “segera”. Struktur kembang yang terletak kemas hanya boleh direalisasikan dengan baik oleh material atau fabrik jenis tulle atau digelar juga sebagai “kain net” di kalangan pengemar fashion .
Jika sebelum ini fesyen ini hanya tertumpu kepada skirt pendek dan mini sahaja, kini ia telah diinovasikan kepada skirt paras midi malah skirt labuh. Tambahan pula,anda tidak perlu risau lagi dengan gelaran “bajet cute” kerana fesyen ini telah melangkaui streotype tersebut dan percayalah anda boleh menggayakan fesyen ini walaupun untuk ke pejabat.
Tips dari kami, seimbangkan gaya dengan top ringkas seperti kemeja T atau baju panas. Anda juga boleh membuatkan gaya feminin ini nampak lebih kasual dengan padanan kasut sukan atau but.
Mini
Pendek
Midi
Labuh
Cantik bukan? Penulis baru sahaja membelek skirt hampir serupa (seperti dalam gambar warna ungu dan merah jambu) di salah satu kedai di Times Square dengan harga bawah RM 50.