Gincu gelap boleh membuatkan anda cuba kelihatan seperti Rihanna, Lorde mahupun Lupita Nyong’o atau anda mungkin cuma tidak tahu tentang warna yang sesuai untuk anda, atau anda sengaja memilih gincu gelap untuk nampak semula jadi. Apa pun alasan anda, berikut adalah panduan untuk anda menggayakan gincu warna gelap.
Sebelum ini Rihanna dilihat mengenakan gincu gelap berwarna biru, Lorde dengan gincu ungu gelapnya manakala Lupita dengan hitam, bagaimana mereka boleh memilih gincu berwarna gelap dan apakah tips untuk menggayakannya.
Kenal pasti warna gincu yang terbaik untuk anda
Warna gincu gelap seperti ungu, hitam, biru. Anda perlu kenal pasti yang mana satu sesuai dengan anda.
Lakukan cubaan pertama
Selepas anda menentukan warna yang mana yang terbaik untuk anda, lakukan cubaan pertama. Tidak perlu membelinya terus, tetapi pergi ke kedai kosmetik dan ambil tester gincu dan calitkan sedikit pada bibir anda dan lihat jika kulit anda nampak lebih cerah atau tidak. Jika wajah anda nampak letih, bermakna itu bukan warna yang sesuai dengan anda.
Calit gincu dengan berus bibir
Cara terbaik memakai gincu gelap adalah dengan menggunakan berus bibir. Gincu jenis ini senang comot. Sapukan ia keseluruh bibir termasuk di hujung bibir.
Lip liner
Sebaik sahaja anda selesai mencalit gincu, cuba apply lip liner yang sama warna dengan gincu. Lukiskan bibir anda mengikut alur bibir.
Elakkan lip gloss
Warna gelap telah membuatkan bibir anda menonjol, jadi elakkan memakai pengilat bibir. Anda tidak perlu menampakkan bibir anda berkilat. Ia akan kelihatan agak keterlaluan.
Pakai gincu gelap dengan penuh keyakinan
Akhir sekali, jika anda ingin menggayakan gincu gelap, pakailah dengan penuh keyakinan. Usah di layan rakan-rakan anda yang memberi pandangan negatif pada warna gincu anda. Mereka mungkin sahaja tidak berani.