Semalam telah berlangsungkan majlis perlantikan duta baru produk minuman kolagen dan kecantikan Aura White Beauty dan pelakon Natasha Hudson telah dipilih untuk menggantikan duta lamanya iaitu Hanez Suraya. Selain dari Natasha Hudson, pelakon muda Amyra Rosli juga telah dipilih menjadi duta Aura White Skin Spa disamping Izzue Islam yang menjadi duta produk minuman kolagen Aura Men.
Menurut Amyra, dia memang sudah lama mengamalkan AuraWhite dengan makanan tambahan kemudian dia mencuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, Amyra berasa amat gembira dan bersyukur. Natasha Hudson juga menyifatkan perlantikannya menjadi duta Aura White adalah satu rezeki dan dia amat tidak menyangka pertemuan biasa dengan pemilik Aura White sebelum ini adalah untuk menyuntingnya menjadi duta produk minuman kecantikan itu.