Suatu masa dahulu dia merupakan Ariel Peter Pan kini lebih dikenali sebagai Ariel Noah. Terkini mengenainya, Ariel, 32, yang merupakan vokalis kumpulan Noah dilihat gembira dengan khabar mengenai kekasihnya, Sophia Mueller, 43, yang kini sudah memeluk agama Islam.
Namun, ketika diminta memberi komen mengenai perkara itu, Ariel hanya menjawab ‘nice (bagus)’ sahaja, memetik laporan berita Indonesia, Kompas. Ramai yang mengandaikan Sophia memilih untuk memeluk Islam kerana mahu mendirikan rumahtangga bersama jejaka itu.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh penyanyi dan model ini yang mengatakan ia berlaku kerana dirinya sendiri dan bukan kerana atas dasar cintanya pada Ariel.
“Saya menjadi mualaf bukan kerana sesiapa. Ini adalah hubungan saya dengan Tuhan, bukan kerana mahu apa-apa,” ujarnya.