Apa kata sempena Hari Ibu ini, anda belanja ibu dan keluarga tersayang ke restoran makanan cina halal yang sedap lagi berpatutan di tempat yang kami pilih ini. Selalu makan makanan western, meditarrean, indian, malay jadi kali ini cuba chinese pula yang semestinya dijamin halal.
1. Restoran Muslim Adam Lai, Sek 15, Shah Alam
Mula beroperasi sejak awal Mac 2012, restoran dimiliki Adam bersama Ebby Yus, Mohd Helmy Harun dan Faizal Abdul Jabar ini mendapat perhatian penduduk sekitar, sama ada berbangsa Cina, India mahupun Melayu.
Alamat:
Adam Lai Chinese Muslim Restaurant
No 69-G Jalan Pahat H 15/H
40200 Seksyen 15
Shah Alam
Contact No / No Tel :03-5510 1058 – Gambar ihsan emiliaputeri.blogspot.com
2. Madam Lim’s Kitchen, Jusco Taman Maluri
Penulis sudah merasai makanan di sini dan boleh dikatakan rasanya sedap dan lazat, anda patut cuba Claypot Tofu yang sememangnya enak dimakan bersama nasi panas dan sangat berkhasiat.
Alamat:
Lot G15A, Ground Floor
Jusco Taman Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri – Gambar ihsan yun-koreanrecipe.blogspot.com
3. Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, Sek 15, Shah Alam
Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah ini mempunyai beberapa cawangan selain di Shah Alam. Rata-rata yang pernah ke sini memberikan respon dan review yang baik terhadap makanan, servis juga harga di sini. Jadi, bawa ibu tersayang ke sini dan belanja dia makan.
Alamat:
Shah Alam
33 & 35 Jalan Utas B
Sek 15, 15/B
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-5511 8228 / 016-958 0630 – Gambar ihsan syazwani30.blogspot.com
4. Restoran Cina Muslim Al-Munawarah, Sek 9, Shah Alam
Bagi penggemar makanan cina, ini salah satu restoran yang menyediakan makanan cina yang halal dan lazat dan juga harga yang berpatutan.
Alamat:
NO 28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,
Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
40100 Shah Alam, Malaysia – Gambar ihsan apieymarakmembakar.blogspot.com
5. Haji Sharin Low Seafood Restaurant, Bukit Antarabangsa
Jika anda inginkan makanan laut yang enak dan harga murah di sini tempatnya. Antara makanan yang patut dicuba ialah Roast Duck Taufu Mukmin, Emerald Fish diimport dari Norway, Champion Chickensalted Egg Crab dan Salted Egg Prawn.
Alamat:
No 1, Lorong Wangsa 5A,
Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa
68000 Ampang, Kuala Lumpur – Gambar ihsan domokunest.blogspot.com
6. Restoran Masakan Cina Muslim Imperial Medina, Jalan Raja Abdullah
Restoran itu terletak di tengah-tengah pusat bandar raya, iaitu di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru dan bertentangan dengan Bank Pembangunan dan UniKL. Antara yang sedap ialah nasi ayam kari, mee hokkien dan banyak lagi.
Alamat:
39 Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia – Gambar ihsan foodt8ge.blogspot.com
7. Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana
Di sini menyediakan makanan cina yang patut dicuba disamping harga berpatutan. Menu yang menjadi pilihan ialah black pepper beef, Szechuan Soup, Seafood Fried Rice, Salted fish taugeh, jiang chong chicken dan macam-macam lagi.
Alamat:
No 3-1, Ground Floor, Jalan PJU 8/5H, Damansara Business Center,
Damansara Perdana, Selangor
8. Restoran Muslim Dong Yi Shun, Kelana Jaya
Sekarang ini kita boleh merasakan menu masakan cina yang halal dan tidak perlu diragui. Antaranya ialah Restoran Dong Yi Shun di Kelana Jaya.
Alamat:
C-G-06, Ground Floor, Dataran Glomac (Jalan SS6/5B, Kelana Jaya),
Petaling Jaya, Selangor – Gambar ihsan jzduncan.blogspot.com