Pada 1 Mei yang lepas, beberapa kumpulan rakyat Malaysia telah mengadakan perhimpunan bertujuan untuk membantah cukai penggunaan baru Malaysia, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April depan dengan kadar 6%, bertempat di lokasi perhimpunan utama iaitu di Dataran Merdeka yang didakwa membebankan rakyat.
Menurut kaji selidik Merdeka Centre, tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST. Kaji selidik yang telah dijalankan pada bulan lepas tersebut menunujukkan bahawa 53% tidak memahami bagaimana GST akan berfungsi.
Artikel berkaitan : Info tentang GST
Namun, memetik laporan The Malaysian Insider, 62 % daripada responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST walaupun tidak memahami apa secara terperinci bagaimana GST akan dilaksanakan.
Kajian yang sama juga mendapati bahawa majoriti besar ( 64%) daripada responden berkata mereka tidak memahami bagaimana ekonomi negara berfungsi.
Lazimnya, pendapat seperti ini juga datang dicatatkan di kalangan responden yang datang dari isi rumah berpendapatan rendah , kawasan luar bandar dan di kalangan wanita.
Kajian yang melibatkan 1,009 pengundi berdaftar terdiri daripada 60% Melayu , 31 % Cina dan 9% responden India telah ditemubual melalui telefon.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik , jantina dan negeri bagi tempat kediaman .
Responden juga ditanya sama ada mereka fikir GST adalah sistem percukaian yang adil dan 40% menjawab tidak .
Berdasarkan laporan Sinar Harian Online pula, peserta himpunan bantah GST pada 1 Mei lalu rata-rata tidak memahami apa itu GST. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peserta perhimpunan menjawab yang mereka tidak tahu apa sebenarnya GST dan bagi mereka GST adalah ‘Government Service Tax’ walhal hakikatnya GST adalah singkatan untuk terma Good Services Tax (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).
Hakikatnya, pelaksanaan GST adalah bersifat lebih telus dan adil. Jadi adakah rakyat Malaysia yang telah bersusah payah mengerah tenaga menyertai perhimpunan ini sebenarnya tidak tahu apa yang mereka sedang perjuangkan?