Koleksi musim bunga/panas 2014, jenama gaya hidup Rip Curl dari Australia mengambil inspirasi dari pelbagai budaya dan sub-budaya untuk menawarkan koleksi yang cerah dan bergaya untuk lelaki dan wanita.
Tema-tema untuk pakaian lelaki koleksi Rip Curl pada kali ini lebih berkisar kepada budaya surfing dan gaya hidup remaja. T-shirt diperbuat daripada 100% kapas menunjukkan cetakan pantai inspirasi daripada gaya hidup di Hawaii. Bagi lengan pendek koleksi Rip Curl lebih ke arah cetakan retro manakal untuk majlis yang lebih semi-formal pula lebih kepada baju berlengan panjang yang datang dalam rona lebih neutral seperti putih, kelabu dan biru langit.
Bagi pencinta pantai, perenang dan surfer, musim ini Rip Curl membawa rekaan boardshorts yang lebih menarik dan didatangi dengan panjang yang berbeza, dari 18 inci kepada 21 inci.
Bagi wanita pula, Rip Curl mengembalikan era awal 90-an dengan menampilkan tema Bohemian dengan cetakan geometri dan juga feminin seperti florals. Malah, tops dan t-shirt lebih kepada pemilihan warna terang yang mampu menyerikan hari anda. Boardshorts wanita musim ini juga tampil dalam rekaan warna-warni dengan cetakan yang diilhamkan bunga terang dan grafik pokok kelapa sawit.
Ingin lihat koleksi Rip Curl yang pelbagai, boleh kunjungi:
Rip Curl KLCC
Rip Curl Fahrenheit 88
Rip Curl 1 Utama
Rip Curl Sunway Pyramid
Rip Curl Setia City Mall
Rip Curl Wangsa Walk
Rip Curl Suria KK
Rip Curl Plaza Merdeka Kuching
Rip Curl Johor Premium Outlets
Parkson Gurney Plaza Penang
Parkson Bintang Megamall Miri
Parkson Plaza Merdeka Kuching
Parkson One Borneo Hypermall KK
Parkson East Coast Mall Kuantan
Metrojaya Mid Valley