Awal pagi tadi kira-kira jam 2 pagi kita dikejutkan dengan berita pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang.
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke hospital sejak kelmarin akibat diserang penyakit jantung.
Menurut Sandakiah, keluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital. Pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.