Sebagai sebahagian daripada usaha dalam menawarkan minuman yang paling enak untuk pencinta teh, rangkaian cafe The Coffee Bean & Tea Leaf ® (CBTL) kini memperkenalkan minuman tambahan kepada variasi Ice Blended ® iaitu Ice Blended Assam Black Tea dan Rooibos dengan sedikit twist iaitu minuman Milk Tea dan juga Vanilla Rooibos Ice Blended®.
Minuman Milk Tea dan Vanilla Rooibos Ice Blended® telah dibuat khas dengan terperinci menggunakan daun teh yang ditanam di India dan juga Afrika Selatan. Selain itu, anda pastinya boleh mencuba minuman Ice Blended Assam Black Tea dengan rasa kemanisan teh Assam dengan campuran susu pekat. Teh Assam biasanya diambil untuk minuman pagi dan sangat baik untuk melegakan ketegangan dan urat saraf. Ia menawarkan rasa yang menyegarkan, transformasi kepada minuman Milk Tea Ice Blended®.
Untuk maklumat lanjut, layari The Coffee Bean & Tea Leaf® atau laman Facebook mereka.
*Minuman Milk Tea and Vanilla Rooibos Ice Blended® berakhir pada 25 May 2014 depan.