Belum lagi selesai kes penculikan pelancong dari China dan pekerja resort yang berlaku di daerah berhampiran Samporna pada 2 April lalu, satu lagi kes culik di Sabah telah berlaku Ahad minggu lalu melibatkan seorang pengurus sebuah syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu .
Penculikan terbaru ini menyaksikan lima lelaki bersenjata Filipina dalam penentuan ringkas dengan yang mengikuti pasukan keselamatan Malaysia sebelum mereka melarikan diri ke Pulau Nikko Plaza di selatan Filipina .
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pihak beliau sudah menganggap perkara tersebut sebagai satu ancaman keselamatan yang membimbangkan dan perlu dibanteras habis-habisan.
Katanya yang juga memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah, pihak beliau telah memberi perhatian serius dan usaha bersepadu akan dijalankan bagi mempertingkat lagi kawalan keselamatan terutama di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Selain itu beliau juga telah mengumumkan perintah berkurung dan sekatan bergerak akan dikenakan di kawasan berisiko tinggi di luar pantai Sabah termasuk langkah drastik seperti melaksanakan Kawasan Kawalan yang akan mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan dan sesiapa ingin memasuki kawasan itu perlu mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tambahnya lagi, langkah jangka pendek dan panjang juga akan dilaksanakan termasuk membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selain mewujudkan radar berkeupayaan tinggi selain memperbaiki Prosedur Operasi Standard (SOP) komunikasi Esscom.
Sumber : The Star Online & Sinar Harian