Rangkaian butik pakaian dari Jepun iaitu UNIQLO meraikan bulan Mei dengan satu lagi pembukaan cawangan dan kali ini di negeri yang baru iaitu Johor Bahru yang terletak di Johor. Butik UNIQLO yang baru itu dijadualkan akan dibuat ke kepada orang ramai di City Square, Johor Bahru pada 15 Mei ini.
Terletak di pusat bandar Johor Bahru, kedai UNIQLO akan berada di tingkat 3 City Square, Johor Bahru. Johor akan menjadi negara keempat dimana butik UNIQLO akan bertapak selepas Lembah Klang, Pulau Pinang dan Melaka.
Kedai UNIQLO City Square akan membawa koleksi terbaru dari UNIQLO LifeWear Spring / Summer 2014 iaitu koleksi pakaian untuk lelaki, wanita , kanak-kanak dan bayi.
Untuk meraikan majlis bersejarah ini, pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM200 dalam setiap resit akan menerima UNIQLO Tote Bag secara percuma. Untuk maklumat terkini mengenai pembukaan kedai dan tawaran terhad, lawati http://www.uniqlo.com/my/.