Jika dulu pada zaman kanak-kanak kita selalu diperdengarkan tentang kasut kaca Cinderella, hari ini kasut daripada cerita dongeng tersebut bukan sekadar dongeng. Mungkin bukan daripada material kaca atau gelas sebenar , tetapi permukaan see through atau lutsinar ini mampu memberi impak eksklusifnya tersendiri. Rumah fesyen jenama kasut terkemuka Christian Louboutin sendiri juga mengangkat trend ini dalam rekaan kasut mereka.
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi sahaja ( daripada pelbagai jenama ) , fesyen ini juga boleh didapati dalam flat dari koleksi jenama kasut daripada Thailand, Jellybunny.
Bukan sahaja fesyen kasut, material lutsinar ini juga dilihat menjadi trend aksesori lain seperti beg tangan dan clutch.
Ia juga turut dijadikan trend dalam pakaian. Kami sukakan skirt midi ini yang banyak dijual di laman Instagram.
Aksesori yang sudah jatuh seperti barang keperluan seperti payung dan baju hujan juga lebih menarik dalam bentuk transparent.
Aksesori i-phone seperti ini juga sangat popular sekarang.
Memang nampak cantik, tapi ada juga beberapa perkara yang boleh jadi “nay” dalam trend ini. Yang pertama hasil sebelum dan selepas pakai mungkin akan berbeza. Misalnya, jika berniat untuk menutup kaki anda daripada pandangan orang mungkin dek kerana kurang yakin, fesyen ini mungkin kurang praktikal.
Begitu juga dengan beg atau clutch, kerana sifatnya yang telus, anda juga perlu pilih-pilih barang yang “indah-indah” sahaja untuk “dipamerkan” dari dalam bag. Satu faktor lagi, ialah keselamatan, apabila isi kandungan beg didedahkan secara terbuka, ia juga boleh mengundang dan menarik perhatian peragut atau penyeluk saku untuk menjadikan anda mangsa . Boleh jadi bukan?
Seperkara lagi, material lutsinar seperti ini tentunya bersifat kurang lasak berbanding dengan material bersifat legap. Penjagaannya juga mungkin sedikit rumit terutama jika dibuat daripada bahan kurang berkualiti.
Untuk pakaian pula , silap gayanya anda mungkin akan tampil terlalu seksi atau bertukar skanky.
Jadi bagaimana pandangan anda tentang fesyen ini? Yay or nay?