P&G dan peruncit Mydin bekerjasama menganjurkan roadshow untuk meraih dana untuk kanak-kanak istimewa melalui kempen Hulurkan Harapan di Mydin Subang Jaya, USJ. Kempen tersebut beroperasi melalui penyertaan pengguna. Untuk setiap RM10 yang dibelanjakan membeli barangan P&G, lima sen akan disalurkan ke CADS Vocational Centre (CVC) dan CADS Enhancement Centre (CEC).
CADS adalah akronim untuk Palsi Serebrum (Cerebral Palsy), ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), Autisme, Disleksia, Sindrom Down dan Lembam (Slow Learners).
Di pusat-pusat CADS, kanak-kanak diberi sokongan dan pendidikan supaya mereka mampu berdikari. Aktiviti sara diri seperti memasak, baking, menyeterika pakaian diajar dan dipraktikkan. Kanak-kanak ini juga diajar nilai wang. Mereka dibawa ke lawatan sambil belajar ke pasar raya dan supermarket supaya mereka mendapat pendedahan kepada persekitaran dan orang ramai serta belajar mengendalikan wang. Di CVC and CEC, kanak-kanak ini perlu ‘membeli’ makanan mereka setiap hari dari tenaga pengajar mereka untuk melatih kemahiran membeli mereka. Kemahiran hidup ini bertujuan untuk menyediakan peralihan kanak-kanak ini dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa.
Mulai hari Sabtu, 5 April 2014, para pengguna boleh memainkan peranan mereka untuk membantu CADS dengan membeli barangan P&G dengan jumlah minima RM10 di kesemua pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian. Sebahagian daripada hasil jualan barangan P&G seperti Joy, Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Herbal Essences, Olay, Gillette, Oral-B, Downy, Ambi-Pur, Whisper, Febreze, Dynamo dan Fab akan disumbangkan kepada CADS.
Dua lagi roadshow juga akan dianjurkan di Mydin Wholesale Hypermarket MITC, Melaka (23 – 25 Mei 2014) dan Mydin Wholesale Hypermarket di Kuala Terengganu (30 Mei – 1 Jun 2014). Sharifah Shahira akan membuat penampilan khas di Mydin MITC pada hari Sabtu, 24 Mei 2014.