Jenama pakaian Sacoor Brothers terkenal dengan kualiti bahan-bahan yang digunakannya, serta servis tempahan khas dan perkhidmatan mereka.
Untuk koleksi musim panas 2014 , jenama hebat Sacoor Brothers menghasilkan empat tema rekaan – Urban Garden, Artisan Art, Sublime Nature dan New Aesthetic – untuk gaya yang ringkas dan anggun bagi lelaki dan wanita, yang diilhamkan oleh Rio de Janeiro. Koleksi Musim Panas 2014 Sacoor Brothers boleh didapati di butik di Pavilion KL dan Suria KLCC bermula April 2014.
Koleksi Pakaian Lelaki Musim Panas 2014
Koleksi pakaian lelaki terdiri daripada rangkaian CLASSIC, CASUAL dan SPORT. Rangkaian CLASSIC menawarkan sut dengan potongan biasa, ramping dan tempahan khas dengan pilihan PRESTIGE, iaitu sut yang dihasilkan daripada pengeluar fabrik Itali terkemuka seperti Zegna, Loro Piana atau Cerruti. Seni penghasilan Portugis jelas kelihatan di dalam perinciannya: daripada jahitan tangan pada kolar dan lapel hingga fabrik di bawah kolar yang dihasilkan daripada fabrik felt dan tie. Untuk ketahanan, bahagian bahu, lengan, poket dan belahan disudahi dengan jahitan tangan bersama kun alur (piping) dengan warna bertentangan untuk bahagian dalamnya.
Untuk musim ini, sut separuh kanvas juga boleh didapati. Sut seperti ini lebih mengikut potongan badan tanpa fabrik lapis dalam untuk keselesaan maksimum.
koleksi Musim Panas 2014
Kemeja CLASSIC dalam potongan biasa dan ramping dihasilkan daripada benang yang dipintal dua kali (double twisted yarns) untuk mendapatkan fabrik dengan kualiti yang lebih tinggi; di samping perincian khas pada kemeja terpilih yang menjadikannya lebih mudah digosok.
Kemeja CASUAL daripada 100% kapas pula mempunyai perincian Carbon Peach supaya lebih lembut apabila disentuh dan kelim dalaman betawi (French seam) untuk lebih keselesaan dan penampilan yang lebih kemas. Baju panas pula boleh didapati dari rangkaian CLASSIC, CASUAL dan SPORT manakala perincian dalaman bagi seluar dari rangkaian SPORT dan CASUAL pula dikemaskan semula khas untuk musim ini.
Bersesuaian dengan Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung tidak lama lagi, kemeja polo piquet didatangkan dalam edisi khas pasukan bola sepak dengan sulaman dan perincian berbeza di atas dan di bawah kolar bagi pasukan pilihan anda – England, Itali, Brazil, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Argentina.
Koleksi Pakaian Wanita Musim Panas 2014
Koleksi pakaian wanita dibahagikan kepada tiga sub-koleksi yang saling melengkapi – CLASSIC, CASUAL-SPORT dan FANTASY – memberikan peluang untuk menyuai padan pakaian dengan mudah.
Koleksi CLASSIC merangkumi barangan sut yang dihasilkan di Portugal dengan fabrik Eropah yang berkualiti, dengan 100% bulu, linen, atau kapas serta bulu/sutera dan bulu/linen. Sut dengan potongan biasa atau ramping, serta blazer boleh didapati dalam ukuran panjang atau biasa.
Gabungan blazer dan seluar Sacoor Brothers yang disempurnakan dengan jahitan tangan adalah pilihan yang tepat bagi wanita yang inginkan gaya yang tak lapuk dek zaman untuk ditambah ke dalam koleksi harian mereka. Kemeja dengan perincian feminin – tali leher kupu-kupu (bow), lisu dan ropol – dalam fabrik kapas dan elastan – memberikan bentuk dan potongan yang menarik.
Selain itu, fabrik kemeja juga boleh didapati dalam pilihan “double twisted yarns” (benang yang dipintal dua kali) dan tenunan jacquard khas dengan corak dan gaya yang eksklusif untuk Sacoor Brothers.
Bagi hujung minggu, Sacoor Brothers mencadangkan pakaian dari koleksi CASUAL-SPORT. Gaya yang kasual dan sofistikated boleh dicapai dengan kemeja polo pique yang ditenun dengan batuan kaca dan gaun pique dengan jaluran yang direka khas.
Koleksi FANTASY memberikan ilham untuk bergaya dengan pakaian seperti jumpsuit ‘long-leg” dan gaun maxi berlisu dengan zip berwarna terang. Koleksi FANTASY juga boleh disuai padan dengan koleksi CLASSIC dan CASUAL-SPORT.
Layari www.sacoorbrothers.com , Facebook www.facebook.com/SacoorBrothersMY dan Instagram http://instagram.com/SacoorBrothersMY untuk maklumat lanjut!