Tangan adalah anggota badan yang paling kuat bekerja. Namun berbanding muka dan anggota badan lain , ramai wanita yang mengabaikan kecantikan tangan mereka. Ramai wanita yang memiliki paras wajah jelita namun apabila melihatkan tangan mereka, tampak sebaliknya pula.
Kebanyakan tangan wanita nampak lebih berusia daripada usia sebenar mereka akibat kurang diberi perhatian walhal bahagian inilah yang layak diberi belaian setelah melakukan pelbagai jenis aktiviti dan pekerjaan seperti, makan, menaip, mencuci baju dan juga mencuci pinggan.
Namun kerana perlu bekerja tanpa henti ( memandangkan hampir semua aktiviti perlu dilakukan menggunakan tangan) langkah yang lebih cepat dan mudah diperlukan oleh suri rumah yang sentiasa sibuk dalam penjagaan tangan mereka.
Oleh itu, jenama pencuci pinggan ZIP, telah memperkenalkan produknya inovasi terbaru dengan kandungan E-Moist atau Vitamin E .
Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat kepada kecantikan dan kesihatan kulit. Kebaikan seperti fungsi antioksidan, mempercepatkan pertumbuhan semula sel-sel dan harta pelembap yang sangat baik untuk kulit. Pengguna akan mendapat manfaat ini apabila menggunakan ZIP sebagai cecair pencuci pinggan .
Penulis sendiri telah mencuba produk ini dan memang ternyata formula yang digunakan memang lembut pada kulit tangan selain baunya yang harum dan reka bentuk bungkusannya yang ergonomik.
Datang dalam tiga pilihan bau, iaitu Ginger Tea, Lemon Verbena dan Lime , produk ini sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM4.90.