Jika anda lihat di kaca televisyen, pasti anda cemburukan bibir merah merekah mereka. Kiranya sangat cantik dan comel sangat. Bagaimana ingin dapatkan bibir sedemikian? Senang sahaja, anda boleh dapatkan lip tint ataupun gincu cuma kesan lip tint lebih kekal lama berbanding gincu.
Ada pelbagai jenis lip tint dijual di pasaran, salah satu yang popular di Malaysia ialah jenama Peripera yang boleh anda dapatkan di Guardian mahupun Watson. Ataupun di Etude House, The Face Shop, Nature Republic, Clio dan banyak lagi.
Anda hanya perlu pakai di bahagian dalam bibir, kemam dan lihat perubahan bibir anda ikut warna yang anda pilih. Anda tidak perlu lagi mengenakan gincu bibir bila mengenakan lip tint.
Tips kecantikan lip tint
1. Sebelum letakkan lip tint, apply concealer, foundation ataupun bedak kompak di seluruh bibir. Ini bagi membuatkan bibir nampak lebih mungil, besar seperti Angelina Jolie. Apply lip tint di bahagian dalam bibir anda sahaja, gunakan tangan untuk ratakan lip tint, jika tidak gunakan lip tint, anda boleh cuba gincu. Ratakan lip tint di bibir supaya tidak kelihatan pucat. Apply clear lip gloss supaya bibir nampak natural.
2. Apply lip tint di bahagian dalam bibir anda, ratakan dengan tangan untuk blend. Untuk kesan glowing, apply lip gloss.
3. Jika anda ingin kesan pucat keorengan, boleh cuba cara ini.
Sumber dan gambar via Pinterest