Memang lumrah seorang bayi yang baru lahir untuk menangis. Perbuatan seorang jururawat ini sangat tidak berhati perut. Seorang jururawat di Filipina bertindak menutup mulut bayi dengan cellotap kerana terlalu bising dan asyik meminta susu. Ibu bapa bayi marah selepas melihat gambar jururawat berbuat demikian ke atas bayi mereka.
Bila mereka bertanyakan kepada jururawat, jururawat menjawab ‘bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu’.
Walaubagaimanapun, penyelia jururawat memberitahu pasangan tersebut bahawa cellotap telah digunakan untuk membantu anak mereka menghisap puting, dan mungkin ianya telah jatuh.
Bapa yang kecewa dengan layanan jururawat hospital berkenaan bertindak mengambil gambar anaknya untuk disiarkan di laman sosial Facebook.
Kini, sumber melaporkan siasatan sedang dijalankan di hospital berkenaan. Hospital bersalin di tengah Cebu itu memberitahu media, pihaknya masih menyiasat aduan yang dibuat Ryan Noval dan Jasmine Bodocdoc yang mendapati mulut anak lelaki mereka berusia lima hari itu dilekapkan dengan cellotap di wad khas bayi hospital terbabit.