Enam hotel di Pulau Langkawi disenaraikan antara pemenang 25 teratas bagi anugerah perkhidmatan luar biasa pilihan pelancong TripAdvisor bagi negara ini. Casa del Mar Hotel menduduki tangga teratas hotel terbaik di Malaysia.
Berikut adalah senarai hotel-hotel yang disenaraikan oleh laman web pelancongan popular itu :
1. Casa del Mar, Langkawi.
2. The Danna Langkawi.
3. Datai Langkawi.
4. Tanjung Rhu Resort.
5. Four Seasons Resort.
6. Rebak Island Resort.
Dalam satu kenyataan, TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar dunia, berkata pemenang anugerah ditentukan berdasarkan berjuta-juta ulasan dan pendapat yang berkualiti daripada pelancong TripAdvisor dari seluruh dunia dengan mengambil kira kualiti ulasan dan rating perkhidmatan.
Selain itu hotel lain di seluruh Malaysia yang tersenarai sebagai hotel terbaik di Malaysia adalah Seven Terraces di George Town, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Majestic Malacca, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh dan LimeTree Hotel di Kuching.
Hanoi Serene Hotel di Hanoi, Vietnam menduduki tangga teratas dalam senarai 25 Hotel Teratas bagi Perkhidmatan Terbaik di Asia.