Jenama kosmetik paling berwarna-warni dari Britain, COLLECTION kini di Malaysia dengan rangkain produk mengikut trend terkini bagi gadis muda yang ingin menghasilkan gaya solekan untuk menonjolkan dirinya dengan penuh keyakinan.
Jenama yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini digemari wanita yang berani berfesyen dan bereksperimen dengan warna untuk menghasilkan gaya tersendiri setiap hari. Dengan slogan “Work the Colours”, COLLECTION menawarkan kosmetik berkualiti yang diilhamkan daripada trend terkini.
COLLECTION mengumumkan artis popular, Nelydia Senrose sebagai duta jenama produk di Malaysia. COLLECTION boleh didapati pada harga yang berpatutan agar membolehkan setiap wanita mampu memiliki pelbagai warna cantik daripada rangkaian ini.
Untuk menyerlahkan mata anda, produk-produk seperti COLLECTION Glam Crystals Dazzling Gel Liner, Does It All Mascara, Smokey Eye Palette dan Work the Colour Eyeshadow Pencil merupakan jawapannya.
Bagi kulit yang berseri dan bebas cela, gabungan bedak asas dan penutup noda Cover & Go Foundation and Concealer Duo dalam sebuah pakej yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Bright and Glow Brightening BB Cream dan Compact Foundation masing-masing mempunyai perlindungan UV setinggi SPF 30 dan 20, dan merupakan pelembap dan bedak asas pada waktu yang sama. Selain daripada itu, Lasting Perfection Concealer memberikan penutupan cela selama 16 jam, manakala Shimmer Shades menghasilkan kontur pada muka dan memberikan seri yang menyeluruh pada muka.
Bahagian bibir juga tidak dilupakan. Hotlights Lipgloss yang berkilau ini boleh didapati dalam enam warna, dan datang dengan cahaya dan cermin yang sedia-ada serta pigmen yang tidak melekit. Sekiranya anda menginginkan solekan bibir yang lebih terang, Lasting Colour Lipstick yang mempunyai sapuan mudah terdapat dalam 10 warna yang mampu bertahan sepanjang hari.
Berseronoklah dalam mencuba kesemua gaya dan rupa yang mampu anda hasilkan dengan rangkaian warna luas COLLECTION hari ini! COLLECTION boleh didapati di Watsons dan kedai F Block di Sunway Giza Mall, Setia Walk Puchong, Fahrenheit 88, Cheras Leisure Mall, Bandar Baru Sri Petaling, Kuchai Lama, dan Bangsar Baru.
Untuk maklumat lanjut akan Collection Cosmetics Malaysia, ikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY atau www.instagram.com/collectionmalaysia.