Memetik sebuah laporan akhbar, pelakon yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena, Siti Saleha mengakui yang dia selesa dan hanya meminati lelaki yang mempunyai darah kacukan sahaja.
Terbaharu, si cantik manis ini juga mengakui dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang memiliki darah kacukan. Walaubagaimanapun, Saleha enggan mendedahkan nama kekasihnya kepada pihak media dan umum.
“Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan,” katanya.
Menurutnya lagi, kekasihnya seorang yang penyayang dan matang selain mereka serasi di antara satu sama lain. Namun aktres ini menegaskan dia masih belum bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga kerana usianya yang masih muda serta belum terfikir ke arah itu.