Wanista pasti ramai wanita di luar sana yang sedang berpuasa ganti dan disebabkan itu Wanista ingin kongsikan beberapa makanan berkhasiat ketika bersahur malah kesemuanya mampu memberikan tenaga kepada anda.
Oleh yang demikian, tahukah anda tentang makanan berkhasiat untuk sahur yang patut diambil sebelum terbitnya fajar? Pemilihan makanan yang berkhasiat ketika bersahur amatlah penting kerana ianya mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian ketika berpuasa.
Antara Makanan Berkhasiat Untuk Sahur
Di antara makanan berkhasiat untuk sahur adalah sayur-sayuran, anda digalakkan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur. Ini kerana ianya dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus keinginan untuk makan berkurangan dan ianya juga baik untuk kesihatan perut anda. Daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.
Selain itu, pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat untuk lapar.
Makan makanan yang berprotein dan kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan untuk membekalkan protein di mana ia akan memberi tenaga untuk anda bekerja atau melakukan aktiviti harian. Bukan itu sahaja, ikan sememangnya antara menu yang harus dihidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.
Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.
Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.