Jenama Sacoor Brothers memperkenalkan koleksi baju polo edisi terhad Piala Dunia sempena Hari Bapa yang bakal disambut kelak. Gabungan Hari Bapa dan Piala Dunia adalah sambutan yang bakal membawa bersama kegembiraan dan anda boleh menghabiskan masa anda dengan bapa anda di samping jenama pakaian terkenal Sacoor Brothers.
Anda boleh memilih baju polo dengan negara pilihan yang menyertai Piala Dunia iaitu pasukan dari negara Perancis , Argentina, Brazil, Jerman, Sepanyol , England dan Itali. Anda boleh padankan baju polo Sacoor Brothers Piala Dunia anda dengan seluar kasual dan sukan – dengan 11 jenis seluar chino , 5 seluar Bermuda dengan menggunakan 11 fabrik yang berbeza seperti twills ringan dan popelin, Oxford , seersucker dan reka bentuk mikro. Koleksi ini mempunyai poket syiling di dalam poket pada baju polo yang unik.
Bapa anda juga memilih untuk menggayakan kemeja, seluar dengan pelbagai jenis fabrik serta kot yang menarik dari Sacoor Brothers. Dengan pengalaman yang luas dalam sektor fesyen dan telah berada di pasaran selama lebih 20 tahun, Sacoor Brothers adalah jenama kebangsaan dengan status antarabangsa dan boleh didapati dalam segmen Lelaki, Wanita, Kanak-Kanak serta kasut dan aksesori. Sacoor Brothers terkenal dengan kualiti bahan-bahan yang digunakannya, serta servis tempahan khas dan perkhidmatan di kedainya yang cemerlang.
Setakat ini, Sacoor Brothers telah mencapai status yang penting dalam perniagaan fesyen dan melalui kejayaan selama dua dekadnya, jenama ini telah membantu membawa Portugal ke tahap antarabangsa dalam bidang inovasi.
Layari www.sacoorbrothers.com
Facebook www.facebook.com/SacoorBrothersMY
Instagram http://instagram.com/SacoorBrothersMY