Baru-baru ini, jenama aiskrim terkenal , King’s telah melancarkan kempen ‘Ice Cream Inspirations” mereka dalam memberi inspirasi kepada penggemar aiskrim untuk menikmati aiskrim mereka sedikit berbeza dan lebih menarik lagi.
Beberapa aktiviti bermula sempena kempen ini. Antaranya termasuk Peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, bengkel masakan pencuci mulut King’s eksklusif dan resipi pencuci mulut edisi terhad King’s penuh inspirasi yang akan membangkitkan selera anda!
Bagi peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, para peserta berpeluang untuk memenangi bekalan ais krim selama satu tahun apabila resipi mereka dipilih sebagai salah satu resipi inspirasi. Para peserta dikehendaki melayari laman web King’s melalui www.fnncreameries.com (Malaysia) dan muat naik foto resipi ciptaan mereka, kemudian hantarkan resipi kreatif mereka menggunakan ais krim King’s bermula 1hb Mac. Peserta boleh menghantar seberapa banyak resipi yang mereka mahu sebelum 30hb September 2014. Semua penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada Dato’ Chef Fazley dan eksekutif daripada F&N Creameries Sdn. Bhd. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan e-mel.
Satu lagi aktiviti yang harus anda nantikan adalah bengkel masakan pencuci mulut King’s, yang akan diadakan bermula Mei 2014 di lokasi terpilih seluruh negara. Dato’ Chef Fazley, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama King’s akan menerajui bengkel masakan dan juga menunjukkan cara-cara menarik dan mudah untuk menyediakan pencuci mulut. Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh didapati di laman web King’s.
King’s Ice Cream Inspirations turut dilihat pada bungkusan baru yang menampilkan bekas jingga terang dengan penutup rona krim dan juga label berwarna-warni yang mencerminkan keriangan dan kegembiraan apabila anda menikmati aiskrim King’s 1.2L. King’s 1.2L boleh didapati di semua pasar raya besar seluruh negara pada harga RM7.20 sebekas.
Sempena kempen ini, dua variasi baru diperkenalkan; iaitu King’s 1.2L Carnival, variasi Neapolitan yang berjalur nipis perisa vanila, coklat dan strawberi dan juga King’s 1.2L Tic-Tac-Toe, corak papan dan dengan selang-seli perisa coklat dan vanila.
Dengan sembilan perisa untuk dipilih, anda bagaikan di dalam penerokaan aiskrim, mencari cara terbaru untuk menikmati aiskrim King’s. Perisa lain yang sedia ada di dalam bekas 1.2L adalah Chocolate, Vanilla, Choc o’ Chips, Chocolate Chip, Sweetcorn, Raspberry Ripple dan Cookies n’ Cream.