Jika anda menonton rancangan Oh My English pada Ahad lalu, pasti anda sedari kontroversi yang dialami mereka. Astro gagal menapis mesej berbau lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.
Mesej berbaur lucah menerusi Twitter yang telah dikirimkan oleh seorang individu untuk Oh My English ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal. Difahamkan mesej lucah berkenaan berkaitan alat sulit.
Sekaligus mengejutkan ramai pihak apatah lagi sitkom berkonsepkan pendidikan itu mempunyai ramai peminat terdiri dikalangan kanak-kanak hinggalah golongan remaja. Justeru, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.
Disebabkan itu, Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah tersebut terlepas pada tontonan umum.
Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.
“Biasanya kami menerima puluhan ribu mesej Twitter setiap hari. Kami memohon maaf kerana mesej berkenaan dikeluarkan secara tidak sengaja,” kata jurucakap itu.
Berikutan kejadian itu Astro berjanji akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang. Pihak stesen tersebut juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.
Sumber: mstar, malaysiandigest