Kajian 11 tahun produk kecantikan SK ll telah menemui lima dimensi yang terpenting untuk menjamin kulit yang bersih untuk setiap peringkat umur termasuklah tekstur kulit yang berseri, tegang, bebas tompok dan kedutan.
Kandungan signature Facial Treatment Essence SK ll yang terdiri daripada 90% Pitera bertindak terus terhadap lima dimensi terbahagi kepada tekstur, keserian, ketegangan, kawalan bintik dan anti penuaan pada kulit wajah.
Formula ini, yang tidak berubah sejak tiga dekad yang lalu, telah terbukti untuk mengalihkan lima dimensi kulit dalam mencapai penambahbaikan yang dapat dilihat dengan jelas.
Perkara ini kini lebih terbukti melalui kajian pihak ketiga yang dibuat oleh institusi terkenal, termasuk koloborasi terbaru bersama Ellead Skin Research Centre dari Korea. Ellead adalah sebuah syarikat klinikal dan bioteknologi dari Korea yang mendapat pengiktirafan global melalui hasil penyelidikan meliputi kajian tentang kosmetik, kosmeseutikal dan fungsi makanan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2001, Ellead telah menjadi satu institusi penyelidikan terkemuka dan pusat kecemerlangan yang diketuai oleh dermatologi dan pakar.
Baru-baru ini, SK ll bersama dengan Ellead menjalankan kajian pengukuran kulit secara mendalam dan turut menjejaki perubahan kulit yang ketara meliputi lima dimensi tersebut sekaligus membuktikan keberkesanan produk Facial Treatment Essence.
Antara kajian yang ditemui termasuklah kesan significant terhadap tekstur kulit hanya selepas 14 hari penggunaan . Applikasi harian esen tersebut pada kulit juga didapati meningkatkan tahap hidrasi .
Keserian wajah juga dapat dilihat selepas 2 minggu penggunaan selain pigmentasi yang berkurang dan secara tidak langsung memberikan kulit yang cerah berseri. Selain itu hasil anti penuaan pada kulit juga dapat dilihat dengan jelas dalam tempoh ini dan ketegangan kulit pula dapat disaksikan hanya selepas 7 hari penggunaan.
Jadi jika anda mencari produk kecantikan yang mengandungi segalanya dalam satu botol dan juga terbukti keberkesanannya secara saintifik, beralihlah kepada SK ll Facial Treatment Essence.