Di dalam persaingan dunia masa kini yang semakin sengit dan mencabar, ibu bapa di zaman moden kelihatan lebih cenderung untuk mencari kaedah yang berupaya mempertingkatkan prestasi pembelajaran anak-anak dan memastikan mereka memiliki ilmu yang mencukupi untuk menghadapi persaingan hebat di tempat kerja mereka di masa hadapan nanti.
Dari menghadiri kelas tusyen selepas sekolah hingga kepada pembelajaran muzik, dari latihan ucapan awam hingga kepada kursus kepimpinan, adalah suatu kebiasaan bagi kita untuk mendengar pelajar menghadiri lebih dari satu atau pelbagai kelas pembelajaran setiap hari. Mungkin ada kaedah yang lebih mudah dan menyeronokkan untuk menangani situasi ini…apa kata dengan bersukan?
Walaupun kita tidak menyangkal akan kepentingan dan manfaat fizikal yang dapat diperolehi dari bersukan, ramai ibu bapa yang melihat sukan sebagai aktiviti waktu lapang yang tidak wajib dilaksanakan malah kadang-kala ia dianggap sebagai satu gangguan kepada pencapaian akademik anak-anak mereka. Namun demikian, tanggapan ini tidak betul sepenuhnya kerana sukan di dalam apa jua bentuk, sama ada bermain badminton dengan menggunakan pagar rumah sebagai jaring, menendang bola di padang berhampiran atau bermain di pertandingan futsal, semuanya telah terbukti sebagai pemangkin yang mampu menjana pelbagai manfaat positif untuk anak-anak kita.
Pentingnya Bersukan
1. Dengan bersukan anak-anak akan berupaya menjana pengeluaran endorfin secara semulajadi, bahan kimia yang terhasil secara semulajadi ini akan merangsang perasaan gembira, menangani tekanan, membuat anda berasa sihat sejahtera dan memberikan penampilan positif secara menyeluruh dan manfaat yang tidak ternilai ini akan dapat membantu anak-anak kita menangani isu kehidupan yang perlu mereka jalani setiap hari, termasuklah tekanan berterusan untuk berjaya di dalam kehidupan yang merupakan budaya yang sinonim bagi keluarga di Asia.
2. Dengan bersukan barulah anak-anak kita dapat mempelajari kemahiran dan nilai-nilai murni kehidupan yang tidak dapat pelajari hanya dengan membaca buku atau menghadiri kelas. Bermula dengan mengatur permainan bersama rakan-rakan agar gol penentu dapat dijaringkan atau memberi inspirasi kepada pasangan permainan untuk mempamerkan prestasi terbaik seumpama seorang juara, penyertaan di dalam sukan akan mengajar anak-anak kita untuk mengenal nilai-nilai murni seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan, ketabahan dan pelbagai lagi nilai murni yang akan mendatangkan manfaat kepada mereka di masa kini dan di masa hadapan.
3. Kajian terkini dari James I University di Valencia, Spain mencatatkan bahawa pelajar yang sering menyertai aktiviti bersukan mempunyai kecenderungan untuk menguruskan masa mereka dengan lebih baik dan hasilnya, mereka kebiasaannya akan meraih keputusan pelajaran yang lebih baik berbanding rakan mereka yang tidak aktif. Kajian ini juga turut membuat rumusan bahawa pelajar yang merupakan atlet secara purata mempunyai kemahiran yang lebih menyeluruh dan mantap berbanding pelajar yang lain.
4. Sukan juga menyediakan peluang yang tidak ternilai harganya bagi ibu bapa dan anak-anak untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Manusia merupakan makhluk yang sering mengikut tabiat, dan sebahagian besar dari tabiat ini dibentuk semasa mereka berada di zaman kanak-kanak dan mudah menerima apa sahaja. Oleh itu ia merupakan langkah yang munasabah untuk menyemai tabiat untuk menyertai aktiviti sukan di usia muda dan secara tidak langsung, memperkukuhkan hubungan ibu bapa dan anak. Menghabiskan masa berkualiti untuk memperkukuhkan hubungan keluarga sambil membina tahap kesihatan yang mantap? Bukankah ia merupakan senario di mana semua orang akan muncul sebagai juara.
5. Sukan merupakan komponen yang penting di dalam pembangunan kanak-kanak dan ia membantu mereka membina kemahiran kognitif, yang memberi mereka keupayaan untuk memproses maklumat dan memahami semua perkara yang berlaku disekeliling mereka. Proses ini amat benar terutama bagi kanak-kanak yang merupakan pelajar kinestetik, yang bermaksud mereka mempelajari sesuatu perkara dengan melaksanakan perkara tersebut atau melalui pendedahan praktikal berbanding pembelajaran melalui kaedah traditional.
Sertai MILO® Hidup Bola
Salah satu dari inisiatif MILO® yang seringkali berupaya memacu penyertaan di dalam aktiviti sukan secara umum dan juga merupakan satu permainan yang mengujakan adalah MILO® Hidup Bola, yang menampilkan Kejohanan Futsal Terbesar di Malaysia.
MILO® Hidup Bola merupakan platform yang akan memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk menyertai permainan futsal dan bola sepak dari usia muda, sama ada melalui Klinik Jurulatih MILO® Hidup Bola yang akan memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia di bawah 10 tahun mengenai asas yang dapat mendorong anak-anak mereka untuk bermain bola, Kejohanan MILO Hidup Bola U-12 dan U-16 mahupun program pencarian bakat yang akan memilih 8 orang pemain terbaik dari kejohanan tersebut hingga kepada proses menjalani latihan dan pendedahan di peringkat antarabangsa yang akan memberikan mereka asas untuk menjadi pemain bertaraf dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web MILO® di www.milo.com.my.