Tidak seperti anak orang kaya lain, nampaknya David Beckham dan Victoria Beckham menggunakan pendekatan lain untuk mendidik anak-anaknya. Ini dilihat melalui anak sulung mereka, Brooklyn Beckham,15, yang perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri. Cara yang digunakan Beckham sama seperti Bill Gates yang tidak mahu memberi kesenangan kepada anak sewenang-wenangnya.
Menurut laporan beberapa portal hiburan antarabangsa, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham itu telah memulakan tugas di sebuah kedai kopi atau cafe di barat London.
Brooklyn menerima bayaran sekitar £2.60 (RM14.07) sejam kerana masih berusia di bawah 16 tahun di mana syarat gaji minimum tidak diguna pakai. Namun begitu, bayaran yang diterima Brooklyn itu dikatakan yang paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman. Syarat bagi peraturan bekerja bawah usia 15 tahun pula ialah dia tidak boleh bekerja lebih dari tujuh jam sehari dan perlu diberikan rehat setiap empat jam bekerja.
Difahamkan, pasangan Beckham itu mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras. David Beckham menjelaskan mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.
“Itulah antara salah satu kunci utama saya dan isteri selalu lakukan. Kami menguruskan segala-galanya kerana apa yang penting ialah anak-anak, dan bekerja keras adalah salah satu contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya.