Jenama Gillette® mengumumkan pelancaran Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad yang memaparkan bendera negara Brazil. Dengan prestasi cukuran terbaik dari pisau cukur keluli Gillette, peminat dan pemain kini boleh mempamerkan minat mereka terhadap bola sepak ketika bercukur.
Gillette tahu bahawa tiada apa yang lebih penting bila menyentuh tentang bola sepak. Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad adalah pengakuan harian bagi peminat bola sepak yang setia menyokong pasukan mereka – dengan memakai warnanya di luar dan semangat seteguh kelulinya di dalam.
Dari 1 April hingga 15 Mei 2014, peminat bola sepak berpeluang untuk memenangi percutian ke Brazil yang ditanggung sepenuhnya untuk 2 orang dengan menyertai peraduan “Are You a True Brazil Fan?”! Pemenang peraduan akan diterbangkan ke Brazil untuk menonton perlawanan persahabatan di antara Brazil dan Serbia, melawat Muzium Bola Sepak dan bersiar-siar di São Paulo.
Untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini, mereka hanya perlu membeli Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette (MACH3 atau ProGlide) melalui e-kedai Tesco (http://eshop.tesco.com.my/) atau di kedai-kedai Tesco berhampiran dan menghantar penyertaan mereka secara online di www.tesco.com.my/eShop/Gillette . Peraduan ini dijalankan secara eksklusif bersama Tesco Malaysia.
Fahrin Ahmad, peminat setia sukan bola sepak, pelakon dan juga Presiden Kelab Bola Sepak Artis Malaysia telah dipilih untuk mengajak peminat bola sepak berdiri megah di belakang pasukan Brazil dan menyertai peraduan tersebut. Fahrin akan berkongsi tentang cara-cara untuk menyertai peraduan tersebut dan pemberian percuma Pisau Cukur Brazil Gillette MACH3 dan ProGlide bersama peminatnya di media sosial. Pemenang peraduan akan diumumkan di dalam sebuah majlis penyampaian hadiah di Tesco bersama Fahrin Ahmad pada akhir bulan Mei.
Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad yang baru ini boleh didapati dalam ProGlide dan MACH3:
Gillette MACH3 yang asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran yang licin. Teknologi 3 bilah dan Comfort Guard dengan 5 Microfin memastikan cukuran yang licin dan selesa – pilihan yang dipercayai untuk memberikan permulaan yang baik kepada setiap lelaki.
Pisau Cukur Manual Gillette® Fusion® ProGlide™ adalah pisau cukur yang paling canggih. Bilah yang lebih nipis dan halus* dengan salutan rendah rintangan meluncur lancar melalui bulu untuk mengurangkan tarikan dan regangan**, memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun bagi mereka yang bercukur setiap hari.
Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette® kini boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja dengan harga Gillette Brazil Proglide – RM30.90 dan Gillette Brazil MACH3 – RM13.90.
Layari laman Facebook Gillette Malaysia www.facebook.com/GilletteMalaysia untuk menonton dokumentari ‘Inner Steel’, mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dalam kedai yang menarik bagi Gillette ‘Inner Steel’ dan mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah bertemakan bola sepak yang mesti dimiliki.
Ikuti Fahrin Ahmad untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Pisau Cukur Brazil Edisi Terhad Gillette MACH3 dan ProGlide serta peraduan untuk memenangi percutian ke Brazil yang ditaja sepenuhnya.