1. Jaga kebersihan kaki. Ketika mandi, biasakan gosok bersih kaki, usahakan juga untuk memilih sabun anti bakteria untuk membersihkan kaki. Sabun yang mengandung sulfur juga sangat baik untuk menghilangkan bau. Gosokkan sabun tersebut dengan lembut menggunakan jari tangan. Cucilah kaki sebelum tidur, bersihkan betul-betul agar kuman yang menempel tidak mengendap sewaktu tidur. Hal terpenting adalah kita perlu mencuci kaki dengan rutin, kemudian mengeringkannya.
2. Potong kuku. Potong kuku kaki secara teratur dan rutin untuk menghindari penompokan kotoran. Jangan lupa untuk membersihkan dan memotong kuku kaki secara rutin. Kotoran di kuku kakilah yang menyebabkan timbulnya bau kaki. Kuman yang menempel di kuku adalah salah satu faktor utama penyebab bau.
3. Jangan memakai losyen pelembap sebelum memakai kasut. Kaki yang lembap adalah punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya gunakan bedak antijamur. Losyen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.
4. Gunakan selipar/sandal ketika berjalan di halaman rumah. Ketika keluar rumah walaupun ke halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan bertelanjang kaki, kerana dapat menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria dapat menimbulkan bau dan penyakit yang mengintai kita. Bertelanjang kaki sama saja membiarkan bakteria dan kotoran bersarang di kaki. Biasakan memakai selipar/sandal agar kaki tetap terlindung.
5. Rajin mengganti stokin. Jangan gunakan stokin kaki selama berhari-hari. Jangan memakai stokin kaki yang sama selama berhari-hari tanpa mencucinya terlebih dahulu. Jagalah kebersihan stokin kaki kita. Stokin kaki harus ganti sekurang-kurangnya 2 hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya.
6. Belilah stokin yang bagus. Jangan membeli stokin semata-mata sebab harganya, tak kira mahal atau murah. Sebaliknya anda kena pandai memilih stokin yang betul. Jangan sesekali memakai stokin yang tak serap peluh, kerana inilah yang menyebabkan kaki anda berbau.
7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa lama. Jangan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa yang lama kerana ini akan menggalakkan perkembangan bakteria.
8. Tidak menggunakan kasut yang sama setiap hari. Tukar kasut yang dipakai selama 24 jam atau lebih sebelum memakainya kembali. Jangan lupa untuk membiarkan kasut beristirehat sehari semalam sehingga bau yang sempat mengendap dapat hilang.
9. Seringlah mencuci bahagian dalam kasut. Seringlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut Kita paling kurang satu bulan dua kali.
10. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering. Jangan paksa guna kasut dan stokin kaki yang belum benar-benar kering, kerana ini juga menggalakkan tumbuhnya bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki yang tidak enak.
11. Gunakan pelapik dalam kasut. Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan dari kasut untuk dibersihkan.