Kelmarin kami telah berkongsi dengan anda mengenai karnival atau bazaar terbesar di Malaysia iaitu Mega Bazaar 2014 yang bakal diadakan di MAEPS Serdang pada 21 dan 22 Jun depan. Mesti anda pun dah tak sabar lagi kan? hampir 100 booth sudah pun dipenuhi dan lebih 1000 booth dengan vendor popular akan memenuhi bazaar itu nanti dengan menjual pelbagai jenis barang dan produk.
100 artis tempatan turut sertai Mega Bazaar 2014
Bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka.
Tak cukup ramai selebriti? Jangan risau kerana penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, Catriona Ross dan ramai lagi.
Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa. Hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti. Tambahan pula umat Islam bakal menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang akan membuat persiapan awal menyambut perayaan itu nanti.
Bagi anda yang ingin menyertai Mega Bazaar 2014 yang cukup menarik dan pastinya ribuan pengunjung yang bakal membanjiri acara ini nanti, jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!