Malam tadi di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India, Malaysia gagal dalam penantian 22 tahun untuk sekali lagi menjuarai Piala Thomas, apabila tewas kepada Jepun 3-2 di peringkat akhir kejohanan itu.
Pada perlawanan pertama, jaguh no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan Kenichi Tago 12-21, 16-21. Bagaimanapun, pasangan negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan Malaysia, Chong Wei Feng terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 19 tahun, Kento Momota apabila dia tewas dengan 21-15, 21-17. Malaysia kemudiannya berjaya selepas Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua dengan menumpaskan pasangan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 21-19, 17-21, 12-21.
Saingan semakin mendebarkan ketika penentuan juara terletak kepada pemain perseorangan ketiga, kedua-dua negara, Liew Daren dan Takuma Ueda. Ketua pasukan negara itu melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga mudah tewas 21-12. Namun, Daren bangkit di set kedua dengan 21-18.
Sumber: Bernama, mynewshub