Setiap pengantin inginkan tema yang menarik dan cantik untuk majlis perkahwinan mereka. Tema jawa, tradisional melayu, tema pantai, perkahwinan dalam taman dan pelbagai lagi.
Majlis perkahwinan pasangan pengantin Meredith Fahey dan Joshua Votaw baru-baru ini mendapat perhatian ramai. Pasangan itu memutuskan untuk melahirkan kenangan dan memori paling indah dalam hidup mereka dengan tema Harry Potter yang ternyata sangat unik dan menarik. Upacara perkahwinan mereka menggunakan tema Harry Potter malah kek perkahwinan berbentuk Hogwarts.