Sejak akhir-akhir ini kami perasan yang wajah pelakon cantik dan seksi, Fathia Latiff kerap benar dijadikan sebagai penghias muka hadapan majalah. Antaranya , majalah In Trend yang menampilkan Fathia dengan tujuh selebriti lelaki iaitu, Keith Foo, Zizan Razak, Hafiz Suip, Syarif Sleeq, Aiman Hakim, Jonathan Putra, Alyph Sleeq dan Hairul Azreen.
Malah berdasarkan undian yang dibuat oleh majalah tersebut di Instagram dan Facebook dalam memilih penghias muka depan isu Mei 2014, Fathia dikatakan telah mengenepikan tiga pelakon cantik yang lain iaitu Elfira Loy, Izara Aishah dan Nelydia Senrose. (Sumber : Murai.com.my) Ternyata aura pelakon ini bukan calang-calang penangannya.
Terbaru, Fathia turut terpilih untuk menghias muka hadapan majalah Cosmopolitan isu Jun 2014. Namun kami agak terkejut apabila melihat gambar Fathia di majalah tersebut. Lain sungguh.Kami hampir tak kenal gerangan gadis yang dipilih untuk menjadi cover girl keluaran terbaru majalah tersebut jika tidak ada typeface nama Fathia di situ.
Sebelum ini kami pernah menulis tentang isu photoshop dalam iklan dan majalah yang diterbitkan oleh media barat. Tapi nampaknya kuasa photoshop dalam penerbitan media tempatan juga boleh tahan impaknya.
Artikel berkaitan : Gambar photoshop Lady Gaga dalam iklan Versace
Turut menjadikan Fathia sebagai cover girl untuk isu bulan yang sama adalah majalah Pesona Pengantin. Cuba anda bandingkan sendiri.
Kami tidaklah arif tentang teknik photoshop dan juga penerbitan majalah, namun , di mata kami, wajah Fathia yang asli sudah cukup cantik . Malah mungkin lebih cantik daripada wajah yang telah di photoshop secara drastik tersebut. Bagaimana pula pendapat anda?
Kami kongsikan juga gambar-gambar lain muka hadapan majalah yang pernah dihiasi gadis jelita kacukan Melayu- Arab ini. Memang tidak dinafikan pelakon yang popular dengan drama Ariana Rose ini memang jelita dan tidak jemu dipandang.