Pelakon cantik, Fathia Latiff kerap benar dijadikan sebagai penghias muka hadapan majalah. Malah berdasarkan undian yang dibuat majalah Intrend di Instagram dan Facebook dalam memilih penghias muka depan isu Mei 2014, Fathia dikatakan telah mengenepikan tiga pelakon cantik yang lain iaitu Elfira Loy, Izara Aishah dan Nelydia Senrose. Ternyata aura pelakon ini bukan calang-calang penangannya.
Bila bicara tentang fesyen, ternyata pelakon ini mempunyai taste terhadap label mewah. Terbukti apabila Harian Metro pernah melaporkan Nur Fathia berbelanja besar untuk sebuah beg tangan jenama Chanel yang berharga hampir RM10,000 selain beberapa barangan lain termasuk kasut jenama Christian Louboutin ketika berada di kota fesyen terkenal, Paris.
Wanista kongsikan beberapa fesyen jalanan pilihan pelakon Ariana Rose ini.
1. Fathia memilih boyfriend jeans/jeggings dipadankan dengan jersey. Nampak lebih cool dengan loafers.
2. Kali ini Fathia nampak ayu mengenakan loose dress paras lutut bersama leggings. Tambah eksklusif dengan tumit tinggi dari Christian Louboutin.
3. Wanista sukakan tas tangan Louis Vuitton milik Fathia. Nampak vogue dan mewah sekali. Tak lupa juga wedge sneaker lengkapkan fesyen mix n match.
4. Fathia mix n match varsity bersama boyfriend jeans.
5. Simple tetapi menarik pemilihan top rona lembut dipadankan dengan cardigans juga dari rona yang sama. Aksesori pelengkap gaya Fathia, nampak manis sekali.