Mungkin anda telah cuba pelbagai jenis produk kecantikan untuk merawat parut jerawat tetapi sayangnya masih tidak mendatangkan sebarang perubahan. Apa kata cuba cara tradisional pula, Insyaallah ianya berkesan. Asalkan anda lakukan dengan rutin yang betul.
1. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.
2. Mungkin agak pedih dan menyakitkan, tetapi bawang putih dikatakan terbukti mampu merawat jerawat. Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih.
3. Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak.
4. Timun selalunya orang cicah dengan sambal sambil makan nasi lemak. Tapi kalau nak cantik bolehlah blend timun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat. Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.
5. Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu. Hasil? Tiada lagi jerawat. Sebenarnya madu banyak khasiatnya, cara lain yang boleh anda cuba, ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sebati dan tempek sebatian di jerawat sebelum tidur dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama 2 minggu, jerawat hilang selamanya.