Klinik 1 Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2010 bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan asas untuk golongan miskin di bandar di negara ini.
Walaupun statistik dari Kementerian Kesihatan (MOH) telah menunjukkan bahawa bilangan orang yang mencari perkhidmatan K1M di seluruh negara telah meningkat daripada 1.32 juta pada 2010 kepada 4.42 juta pada tahun 2013, penyiasatan oleh StarMetro tentang skim ini di di kawasan Lembah Klang teleh menemui beberapa isu major.
Kita sedia maklum bahawa bayaran yang dikenakan untuk mendapat rawatan di klinik ini amat rendah iaitu hanya RM 1 dan percuma untuk warga emas dan klinik ini beroperasi selama 12 jam sehari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Menurut laporan The Star Online, secara purata , Klinik 1 Malaysia hanya dikunjungi 15 pesakit sehari manakala Klinik Kesihatan pula menerima kunjungan 100 pesakit sehari bergantung kepada lokasi. Ada juga yang menerima kunjungan seramai 25- 30 pesakit sehari namun bilangan ini masih dianggap rendah untuk klinik yang beroperasi selama 12 jam.
Menurut tinjauan rawak yang dibuat, ramai orang lebih suka mengunjungi Klinik Kesihatan kerana kemudahan yang disediakan lebih baik. Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA). Kerajaan membenarkan HA memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula (Sumber).
Mungkin juga kredibiliti seorang Pegawai Pembantu Perubatan atau AMO yang tidak meyakinkan menjadi sebab mengapa rakyat kurang berminat untuk mengunjungi Klinik di bawah projek Gagasan 1 Malaysia ini?
Menurut tinjauan The Star Online lagi, kebanyakan pesakit yang pernah mendapat rawatan di klinik yang mempunyai 50 cawangan ini tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Menurut seorang pengunjung, apabila mengunjungi salah satu Klinik 1 Malaysia kerana anak perempuannya demam dan sakit tekak , beliau hanya diberikan paracetamol ( panadol) dan tiada bekalan ubat kumur atau sakit tekak di situ.
Ada juga yang berkongsi pengalaman diberikan ubat yang sama setelah berkali-kali kunjungan dan sakit tidak berkurangan dan akhirnya terpaksa berkunjung ke klinik swasta dan diberikan antibotik. Pesakit yang menghidapi penyakit serius seperti darah tinggi tdak dapat menerima rawatan di sini kerana perkhidmatan hanya diberi oleh pegawai pembantu perubatan dan bukannya doktor.
Berdasarkan beberapa pengalaman yang pesakit yang pernah mengunjungik K1M ini, walaupun tujuan asal penubuhan klinik ini adalah untuk menyediakan kemudahan perubatan asas sahaja , nampaknya objektif tersebut sahajapun belum tercapai.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan tentang bidasan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mengatakan Klinik 1 Malaysia hanya bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah berkhidmat di situ. Menurutnya lagi, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.
Bagaimanapun , kami di Wanista..com tetap mengharapkan yang terbaik untuk negara kita. Jika benar perkhidmatan perubatan di Klinik 1 Malaysia tidak mencapai standard dan objektif, mungkin perkara ini perlu dipandang berat dan diperbaiki.