Jika sebelum ini kami telah kongsikan 6 Tips Mendapatkan Bulu Mata Lentik dan Lebat Tanpa Bulu Mata Palsu, kami ada tips ketujuh.
Cara ini tidak memerlukan modal yang mahal. Apa yang anda perlukan adalah bedak talkum atau bedak bayi sahaja untuk mendapatkan efek seperti gambar di bawah.
Langkah pertama
Ikuti langkah pemakaian maskara seperti biasa. Mulakan dengan penggunaan pelentik bulu mata. Pastikan anda melentikan bulu mata secara menyeluruh, termasuk bahagian bulu mata bahagian sudut dalam mata. Tahan sebentar dalam kiraan 8 saat dalam satu masa.
Langkah kedua
Pakai maskara sebanyak dua lapisan. Tunggu lapisan pertama separa kering kemudian sapukan lapisan kedua.
Langkah ketiga
Ok ini adalah kunci untuk tips pelebatan bulu mata kali ini. Tuang sedikit bedak bayi kedalam bekas untuk memudahkan sapuan. Kemudian sapu bulu mata dengan bedak talkum dengan menggunakan putik kapas. Jangan terlalu banyak, hanya sapuan nipis diperlukan tetapi pastikan setiap sapuan meliputu semua helaian bulu mata. Hati-hati juga kerana bimbang jika kuantiti terlalu banyak, bimbang serbuk bedak akan masuk ke dalam mata pula.
Langkah keempat
Sekali lagi, sapukan mascara . Bulu mata anda akan kembali bewarna hitam semula.
Hasilnya… voila! Bulu mata yang lebih tebal ,lebat dan panjang kini milik anda . Siapa sangka hanya dengan penambahan bedak bayi, anda boleh mendapatkan hasil seperti ini. Penulis sendiri telah mencuba tips ini, memang terbukti efektif! Selamat mencuba !
– Via