Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila berdua bersama ibu anda. Shopping, tonton movie, berborak belajar memasak dan pelbagai lagi.
1. Tonton filem kegemaran. Apa filem kegemaran anda bersama ibu? Mungkin anda boleh cuba menonton filem hindi seperti Kabhi Kushi Kabhi Gham, Kuch Kuch Hota Hai ataupun drama Korea. Asalkan anda berdua dapat isi masa dengan baik sekaligus dapat mengukuhkan hubungan erat ibu dan anak!
2. Lakukan manicure & pedicure. Ini antara aktiviti menarik berdua. Manicure & Pedicure merupakan aktiviti yang menyeronokkan, anda berpeluang melakukan sesuatu yang girly dan berborak pelbagai hal.
3. Membeli-belah. Ibu anda mungkin adalah pengkritik yang susah untuk dipuaskan hatinya. Jadi, itu sebab anda perlu pergi membeli-belah dengannya agar dia ikhlas memilih barang yang anda kehendaki. Jika pakaian itu tidak cantik dimatanya maka dia akan memberitahu kepada anda dengan jujur.
4. Berborak. Tidak perlu ke mana-mana untuk menghabiskan masa bersama cukup hanya dengan berborak. Jika ibu anda datang dari kampung, inilah masa terbaik untuk meluahkan atau melaporkan segala hal yang berlaku kepada ibu. Baik tentang kerja, rakan-rakan, dating ataupun fesyen. Anda mungkin akan terkejut dengan berapa banyak anda dan ibu anda mempunyai persamaan, dan bagaimana dia memahami semua kebimbangan anda!
5. Belajar memasak. Suatu hari nanti anda akan hidup sendiri, yang memerlukan anda untuk memasak, membersihkan apartmen dan menjaga diri sendiri. mempunyai untuk memasak dan membersihkan apartmen anda dan menjaga diri sendiri. Bukan itu sahaja, ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan untuk anda selain dapat mempelajari semua petua dan cara memasak yang betul dari seorang ibu. Jadi, ini memudahkan anda bila sudah berumah tangga ataupun hidup bersendirian nanti.
6. Rancangan masa depan. Ini mungkin untuk si gadis yang baru sahaja menamatkan zaman belajar. Ini merupakan masa yang terbaik anda meminta nasihat daripada ibu akan perancangan masa depan anda. Sama ada ingin meneruskan pembelajaran peringkat lebih tinggi ataupun bekerja. Jadi, minta nasihat ibu agar masa depan terjamin.