Kes 1 – Gadis 14 Tahun Dirogol Bergilir-gillir oleh 38 Lelaki
Kejadian rogol yang dilaporkan oleh media dilihat semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Terbaru, umum digemparkan dengan berita seorang gadis yang baru berusia 14 tahun dan seorang lagi rakannya dirogol oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali berjumlah 38 orang. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusian !
Kejadian yang berlaku di Ketereh, Kelantan itu bermula apabila mangsa meminta kawannya yang berada di Guchil , Kuala Krai untuk mengambilnya di Kerteh. Rakannya kemudian telah meminta bantuan seorang rakan lelakinya untuk berbuat demikian.
Rakan lelaki yang mengambil mereka dari Kerteh tersebut kemudian membawa kedua mangsa ke satu rumah kosong dengan alasan untuk berehat.
Malang buat dua gadis tersebut, sekumpulan 38 lelaki kemudiannya datang dan bertindak merogol mereka secara bergilir-gilir. Mangsa hanya sedar keesokan harinya selepas pengsan akibat dirogol bergilir-gilir dan telah mengalami kesakitan berterusan di bahagian sulitnya.
Kejadian berlaku pada tarikh 20 Mei . Mangsa yang takut kejadian tersebut diketahui oleh ibubapanya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei dan hanya pulang ke rumah pada 25 Mei. Selepas pulang, mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan didapati alat sulitnya masih berdarah. Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis .
Kes masih disiasat dan polis telah berjaya menahan 2 daripada perogol tersebut dan masih mencari 36 perogol yang lain.
Kes 2 – Pengantin Baru Dirogol Bergilir 3 Lelaki Asing
Dalam satu lagi kejadian berlaku di Kota Kinabalu, seoarang gadis yang baru sahaja dua bulan melangsungkan perkahwinan telah dirogol bergilir-gilir dipercayai dilakukan oleh tiga warga Indonesia.
Kejadian berlaku semasa mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke sungai berhampiran rumahnya untuk membuang air besar kerana tandas di rumahnya rosak.
Selepas itu beliau telah ditarik oleh tiga suspek tersebut ke dalam ladang sawit dan telah dirogol bergilir-gilir.
Mangsa kemudiannya memberitahu suaminya berkenaan kejadian tersebut beberapa hari kemudian dan mereka telah membuat laporan polis dan mangsa juga telah dihantar ke ke Hospital Kinabantangan untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes 3 – Pelajar 13 tahun Dirogol Teman Lelaki Facebook
Kerana terlalu percaya pada teman lelaki yang hanya dikenali melalui Facebook selama 2 minggu, seorang gadis 13 tahun telah dirogol pada pertemuan mereka kali kedua.
Suspek yang berusia 18 tahun telah mengajak gadis berkenaan bertemu selepas selesai sesi persekolahan dan telah menawarkan untuk menghantar mangsa pulang. Suspek kemudiannya mengajak mangsa naik ke atas satu bangunan dan kemudiannya memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks.
Mangsa pada mulanya menolak tapi akhirnya terpaksa bersetuju setelah didesak berkali-kali
Kejadian tersebut kemudiannya diketahui oleh ibu mangsa dan mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan laporan polis turut dibuat.
Sumber : Berita Harian Online, Harian Metro, Berita TV3 , New Straits Times & The Star Online