Sungguh cantik pelakon Nur Fazura menggayakan koleksi Hari Raya Aidilfitri daripada jenama eksklusif Innai Red yang bakal menjelang kelak. Koleksi yang menggunakan warna indah musim bunga diilhamkan oleh keindahan bunga ceri Jepun membentuk asas koleksi Raya INNAI RED untuk 2014. Koleksi ini dikuasai oleh warna yang menarik lagi dengan canggih dengan perincian eksklusif untuk label Innai Red. Sejak penubuhannya, INNAI RED telah bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Nora Danish dan Siti Saleha dalam kempen Raya mereka sebelum ini. Tahun ini , Nur Fazura dipilih sebagai wajah untuk kempen Raya INNAI RED. Kurung moden yang dipotong dengan sempurna dengan garis linear bersih yang memberikan citarasa moden serta kelihatan feminin dan tidak terlalu girly.
Warna memainkan peranan penting dalam mempamerkan semangat Hari Raya dan dengan pemilihan warna putih kapur, Fuchsia, mint dan warna pastel lain akan menjadikan koleksi baju Innai Red tenang dan menarik . Fabriknya pula terdiri daripada kain chiffon , pleated , charmeuse , krep sutera , renda Perancis dan european broked.
Harga
Koleksi ini mempunyai pilihan 18 gaya berlainan untuk dipakai semasa menyambut hari raya atau berkunjung ke rumah sanak saudara serta menghadiri majlis rasmi. Koleksi INNAI RED Raya 2014 bermula RM1,800 hingga RM3,500 dan dijual secara eksklusif di butik INNAI RED di Plaza Damas. Jika berminat anda boleh emel enquiry@innaired.com atau telefon 03-62011331.