Jadi seperti yang kita tahu, MTV World Stage Malaysia kembali lagi dan kini ia akan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini. Tahun ini, kuasa adalah di tangan anda. Anda akan memperoleh setiap maklumat penting mengenai MTV World Stage Malaysia 2014 dengan hanya Tweeting dan hashtag #worldstagemy.
Jom ikuti tembual Wanista bersama VJ Hanli & VJ Alan
1. Boleh ceritakan sedikit tentang pengalaman mengacara 2013 MTV World Stage?
VJ Hanli : Ini merupakan pengalaman pertama kami berdua mengacara World Stage jadi semestinya saya nervous tetapi disebabkan crowd World Stage yang sangat havoc dan energetic malah ada yang datang dari jauh membuatkan kami rasa lebih bersemangat.
VJ Alan : Yes! Crowd World Stage sangat energetic. Lebih-lebih lagi dengan Kpop boy group, EXO yang sememangnya memberi impak besar di World Stage. Honestly speaking, saya agak terkejut dengan respon peminat bila EXO naik ke pentas, jeritan, tangisan, kiranya pelbagai perasaan yang langsung tidak dijangka.
2. Apa kelainan untuk 2014 MTV World Stage?
VJ Hanli : Benda baru Unlock World Stage! Biar saya jelaskan ia – pada dasarnya, kita akan menyuruh semua orang atau seberapa ramai orang untuk tweet dengan hashtag #worldstagemy dan lebih tweet yang kita jana, maklumat lanjut akan dikongsi dengan orang ramai. Jadi, jika anda pergi ke laman web ini, anda boleh menjejaki kemas kini di MTV World Stage Malaysia 2014. Semakin tweet kita jana, maklumat yang lebih akan diberitahu. Sebagai contoh 25% logo sudah didedahkan, 50% tarikh dan tempat sudah diumumkan. Jadi, Unlock World Stage merupakan suatu perkara yang sangat fun!
VJ Alan : Yes! Setuju dengan Hanli. Kempen Unlock World Stage merupakan kelainan pada tahun ini. Seperti yang kita tahu, tahun lepas, World Stage berjaya memberikan respon yang cukup besar jadi semestinya tahun ini World Stage akan meraikan peminat yang hadir. Kami akan berikan yang terbaik agar anda semua puas dan enjoy.
3. Apakah harapan dan ekspetasi untuk 2014 MTV World Stage?
VJ Hanli & VJ Alan : Semestinya even crazier! Tahun lepas merupakan kali pertama kami menjadi host di Malaysia dan skala yang ditunjukkan di luar daripada jangkaan. Jadi, semestinya tahun ini akan terasa lebih kehangatan dan keseronokan dan pasti lebih banyak tenaga! Last year was amazing and we can’t wait for more this time round.
4. Boleh beritahu siapa antara line-up penyanyi yang akan membuat persembahan di World Stage kali ini?
VJ Hanli : Kami akan memberitahu anda jika boleh tetapi kami mempunyai kuasa untuk tidak memberitahunya. Jika anda benar-benar ingin tahu, anda perlu tweet dan jangan lupa hashtag #worldstagemy!
VJ Alan : Ini begitu menyeronokkan! Saya suka apabila semua orang asyik bertanya siapa line-up World Stage kali ini. Saya suka tenaga dibelakangnya dan itulah kuasa Unlock World Stage – anda hanya perlu tweet dan hashtag #worldstagemy jika ingin tahu apa yang berlaku.
5. Persediaan untuk mengacara MTV World Stage?
VJ Hanli & VJ Alan : Anda mesti terkejut jika kami katakan kami melakukan banyak research melalui wikipedia untuk ketahui diri penyanyi tersebut, dengar lagu mereka, chatting dengan peminat penyanyi tersebut dan banyak lagi!
Update terbaru 2014 MTV World Stage Malaysia telah diumumkan dan 2 orang penyanyi yang akan membuat persembahan adalah Yuna dan kumpulan Kpop Boys Republic.