Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan ala selebriti, mungkin anda boleh cuba cara diet penyanyi bersuara soprano ini iaitu Ning Baizura. Ning Baizura yang tampil langsing sebenarnya mengamalkan diet makrobiotik.
Diet Macrobiotik (atau macrobiotics), adalah regimen pemakanan yang melibatkan pemakanan bijirin sebagai makanan ruji, ditambah dengan makanan lain seperti sayur-sayuran tempatan, dan mengelakkan penggunaan makanan yang diproses atau ditapis dan produk dari haiwan.
Menerusi laman instagramnya, Ning mengamalkan diet tersebut sejak beberapa meninggalkan untuk sementara waktu. Menunya ringkas saja, nasi beras perang dengan kicap berlaukkan telur dadar, brokoli dan bendi rebus juga keropok.
Beberapa garis panduan umum untuk diet Macrobiotik ala Jepun adalah seperti berikut :
- Beras perang: 40-60%
- Sayur-sayuran: 25-30%
- Kacang dan kekacang: 5-10%
- Sup Miso: 5%
- Sayur-sayuran laut: 5%
- Makanan tradisional atau diproses secara semulajadi: 5-10%
- Ikan dan makanan laut, biji dan kacang, biji dan kacang mentega, perasa, pemanis, buah-buahan, dan minuman boleh dinikmati sekali-sekala, 2-3 kali seminggu. Lain-lain produk haiwan secara semula jadi boleh dimasukkan jika diperlukan semasa peralihan pemakanan atau mengikut keperluan individu.