Ikon antarabangsa David Beckham akan tiba di Singapura pada bulan depan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti eksklusif yang dianjurkan oleh Marina Bay Sands untuk memberi ganjaran kepada peminat Facebook dari Singapura , Malaysia, Indonesia , Korea dan China.
Lima peminat bertuah akan mendapat peluang sekali dalam seumur hidup untuk berjumpa dengan bekas pemain bola sepak menerusi pertandingan Facebook “Unlocking The Vault to Meet David Beckham” yang akan diadakan pada 27 Mei hingga 4 Jun. Satu kempen yang sama akan dijalankan pada Sina Weibo pada 27 Mei hingga 30 Mei untuk memecahkan kod The Vault. Seorang pemenang bertuah dari setiap negara akan diterbangkan ke Singapura dengan seorang rakan, tinggal satu malam di Marina Bay Sands dan mendapat peluang untuk bertemu David Beckham pada 14 Jun dalam sesi meet-and-greet yang amat eksklusif.
Empat soalan akan disiarkan di dalam aplikasi permainan Facebook The Vault sepanjang tempoh promosi. Untuk membuka kunci Vault , peminat perlu menjawab soalan dengan betul. Tips untuk jawapan akan dipaparkan pada halaman Facebook Marina Bay Sands ( www.facebook.com / marinabaysands ).