Elliot Rodger yang merupakan penuntut University of California Santa Barbara nekad membuat tembakan rambang di universiti pengajiannya sehingga menyebabkan enam penuntut wanita terbunuh, baru-baru ini.
Difahamkan Rodger bertekad mengambil nyawa mereka disebabkan kengganan wanita-wanita tersebut menjalinkan hubungan seks dengannya selain menyisihkan dirinya. Dalam video yang dikongsikan Youtube, Rodger menceritakan kisah hidupnya yang tidak pernah diminati wanita walaupun dia mempunyai segala-galanya dari segi paras rupa kacak dan kemewahan harta benda malah mengakui masih teruna walaupun usianya sudah mencecah 22 tahun. Selepas melakukan tembakan Rodger telah menembak dirinya sendiri di bahagian kepala dalam kereta mewah miliknya.
Rodger merupakan anak kepada penolong pengarah filem The Hunger Games, Peter Rodger manakala ibunya merupakan seorang rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang yang sudah lama berhijrah ke Amerika, Lichin Rodger.
Terkini sumber Daily Mail, Rodger turut menyenaraikan ibu dan adik tirinya sebagai orang yang akan dibunuhnya menerusi manifesto setebal 141 muka surat.
Antara kandungan dalam manifesto terebut ialah –
“Ia merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan sebab saya sangat rapat dengannya (adik tiri) sejak tahun lalu, dan dia menghormati saya. Tapi saya harus lakukannya. Jika saya tak boleh menikmati kehidupan yang menyeronokkan, dia pun tidak boleh! Saya takkan membiarkan dia memalukan legasi saya.
“Untuk membunuh dia, saya juga perlu membunuh Soumaya (ibu tiri), tapi ia cukup mudah. Saya cuma perlu fikir segala kepedihan yang telah dia katakan kepada saya sebelum ini sewaktu menikam pisau ke lehernya.”