Burger King Malaysia telah menawarkan menu baru Raksasa Meals sempena filem blockbuster, Godzilla. Raksasa Meals datang dengan pilihan burger Raksasa Single, Raksasa Double ataupun Raksasa Triple yang sememangnya menjanjikan kelainan kepada penggemar Burger King.
Raksasa Meals memberi pilihan untuk satu, dua atau tiga patties sama ada ayam ataupun daging lembu, diapit crunchy nacho chips dan sos BBQ lazat dan ditaburi bijan pada roti. Raksasa Triple datang dengan sekeping keju Amerika.
Satu lagi perkara baru pada menu adalah twist kepada kegemaran Malaysia – Raksasa Milo merupakan minuman coklat malt ais dibuat dengan Milo, ditabur dengan serbuk Milo dan Koko Crunch. Harga bagi Burger King Raksasa Meals bermula dari RM8.95 dan datang dengan pilihan ayam atau daging lembu burger dan minuman bersaiz sederhana, jika memilih Raksasa Milo tambahan RM3 dikenakan.
Burger King Raksasa Meals kini boleh didapati di semua cawangan Burger King seluruh negara untuk masa yang terhad sahaja sehingga pertengahan Jun. Jadi, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan Raksasa Meals.