31 Mei 2014, kita digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh dari Tingkat 3, di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada petang Sabtu.
Identiti mangsa adalah Nurul Emielda Nadia Sallehuddin mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepalanya pecah dalam kejadian yang menyayat hati itu. Difahamkan, mangsa dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir dan bapa mangsa dikatakan terlepas pandang seterusnya mendapati anaknya sudah jatuh ke tingkat bawah.
Kejadian itu berlaku berdekatan dengan Robinsons, The Gardens Mall dan telah disaksikan oleh beratus-ratus penyewa dan pembeli, terutamanya yang terdiri daripada keluarga yang menikmati hujung minggu pertama cuti sekolah.
Menurut seorang pembeli, Nurul Emeilda sedang bermain dengan abangnya berhampiran eskalator di tingkat tiga dan secara tidak sengaja terjatuh. Difahamkan seorang lelaki yang bekerja di salah satu daripada kedai berkata dia mendengar jeritan kuat yang datang dari tingkat atas dan bergegas keluar.
“Saya cuba untuk melanjutkan tangan saya semasa berjalan ke arah gadis itu, dengan harapan bahawa saya akan dapat menangkapnya tetapi ia berlaku begitu pantas,” kata lelaki itu.
Menerusi Sinar Harian, bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin berkata beliau reda dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga, di The Gardens Mall.
“Saya reda dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya,” katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam. Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut.
Sumber: Bernama, Sinar Harian, mysumber.com, themalaysianinsider.com