Bosan dengan stoking dan tali leher. Ingin cari sesuatu yang lain untuk meraikan bapa anda? Apa dia? Mungkin anda boleh raikan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Di Saujana Hotel Kuala Lumpur menawarkan beberapa hidangan yang mampu memikat bapa anda.
Kogetsu
Jika bapa anda merupakan peminat makanan Jepun, mungkin anda boleh cuba belanjanya RM99++ All-You-Can-Eat Lunch Weekend Special di Kogestu. Menariknya promosi gaya bufet RM99 + + per kepala ini membolehkan anda merasai hidangan 99 menu ala carte yang dicipta oleh chef kelahiran Jepun, Chef Taketoshi Minami.
Senja Italian Restaurant
Senja Italian Restaurant menawarkan makanan Itali yang enak dan mampu memikat selera. Hanya dengan set Father’s Day Italian Brunch berharga RM98 manakala Father’s Day Set Dinner berharga RM165. Menu yang patut dicuba adalah tagliatelle Pasta with Duck dan Rosemary Sauce, Norwegian Salmon with Carrot Spaghetti and Beurre Blanc, Australian Lamb with Lamb Shoulder Potato Tortino.
The Restaurant @ The Club Saujana Resort
Keistimewaan di sini ialah menampilkan Chef Alexander Waschl yang merupakan chef kehormat yang berjaya mencipta menu Eropah moden yang direka khas menampilkan hidangan klasik dengan sentuhan kontemporari. Menu menarik adalah Mussel Cream Soup, Pan Fried Seabass, Sautéd with Spicy Prawn Wan Tan dan Grilled Black Angus Fillet with Braised Beef Cheek Truffle flavored Potato Gratin.
Ti Chen Restaurant
Adakah bapa anda merupakan peminat Dim Sum? Jika ya, ini pilihan yang tepat. Pelbagai menu pilihan seperti Double Boiled Ginseng Herbal Soup with Free Range Chicken, Braised Fish Maw dan Sea Cucumber with Broccoli Floret, Chilled Aloe Vera dan Sea Bird’s Nest in Longan Syrup serta pelbagai lagi. Harga bermula pada RM1388.00 + + satu meja untuk 10 orang. Disediakan untuk makan tengah hari (12.00am – 2.30pm) dan makan malam (6.30pm – 10.00pm).
Untuk tempahan, hubungi 03 7843 1234 (ext 6122/4717) atau email [email protected] or layari www.thesaujanahotel.com